Soalan:

Bagaimana cara untuk nampak kan muka kelihatan seperti orang yang kurus??

Bagaimana cara untuk menghilangkan parut bekas demam campak dengan cepat di muka selain daripada petua yang diberi??

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dimuka??

Jawapan:

Terima kasih diatas email yang diberikan.

Untuk makluman saudari, White M salah satu produk ZBF, dimana fungsinya ialah untuk membantu memulihkan parut yang berlekuk, sebagai contoh seperti parut jerawat/campak. Untuk pengetahuan saudari, parut berlekuk akan mengambil masa sedikit untuk pulih, bergantung kepada beberapa faktor. Ini kerana, parut berlekuk bermakna bahagian kulit berkenaan sel kulitnya telah mati, jadi untuk menghidupkan semula sel kulit yang telah mati berkenaan bergantung kepada faktor umur dan sedalam mana lekuk berkenaan atau dengan lain maksud sejauh mana kecederaan atau seriusnya lekuk kulit yang dihadapi. White M juga dapat membantu membentuk muka, menegangkan kulit muka serta mengatasi masalah dagu berlapis dan lain-lain lagi.

Berhubung masalah saudari, kebiasaannya masalah whitehead dan blackhead yang dialami terjadi kerana stimulasi liang-liang minyak dalam kulit muka. Semua manusia mengalaminya cuma banyak atau sedikit kerana badan manusia mengandungi hormon. Antara faktor lain terjadi seperti akibat penggunaan produk yang mengandungi bahan yang di perbuat daripada Olive Oil, Mineral Oil. Dari pemakaian produk seperti diatas hanya menutup blackhead dan whitehead tersebut.

Perlu diingatkan, kami tidak menggalakkan customer memicit atau stim muka untuk menghilangkan whitehead dan blackhead. Ini kerana jika kita memicit whitehead dan blackhead ia akan mencederakan kulit muka (di mana akan menyebabkan parut berlubang, parut berwana dsb), manakala jika customer stim muka pada suhu 42°c, akan menggalakkan pembiakkan bakteria (maka jerawat, milia, whitehead, blackhead akan timbul lebih banyak di permukaan kulit muka) dan liang roma akan lebih membesar. Sebenarnya tiada manusia yang tidak ada whitehead dan blackhead. Diingatkan lagi sekali, ianya adalah ransangan stimulasi liang-liang minyak dalam kulit muka iaitu ransangan hormon wanita (Estrogen) dan hormon lelaki (Testosteron) pada setiap manusia yang hidup di dunia. Hanya patung dan orang monopos sahaja yang tiada whitehead dan blackhead kerana patung tidak mempunyai hormon estrogen dan testosteron itu.

Sebagai info buat saudari, whitehead dan blackhead sebenarnya adalah kotoran minyak-minyak yang terkumpul pada kulit muka lalu menjadi sebum. Manakala, sebum pula akan menjadi jerawat.

Berkenaan saranan produk untuk kulit muka saudari, sebagai permulaan kami sangat menggalakkan pelanggan mengambil set penuh ZBF yang terdiri daripada 12 item (bernilai RM723.30) bagi mendapat kesan yang terbaik. Untuk makluman, set ini bertahan dalam tempoh 3 bulan (dengan syarat mengikut cara pemakaian yang betul). Set penuh sangat digalakkan ambil pada permulaan bukan tujuan untuk membebankan pelanggan, tetapi bagi tujuan mempercepatkan proses baik pulih kulit dan untuk cepat nampak perubahan. Di kemudian hari (selepas tempoh 3 bulan), setelah kulit yang bermasalah hampir pulih, set penuh tersebut bolehlah sama ada diteruskan atau boleh dikurangkan mengikut masalah kulit yang dihadapi.

Senarai produk Zai's Beauty Formula, seperti yang kami terangkan di atas iaitu set penuh yang terdiri daripada 12 item serta CD cara guna produk adalah seperti berikut:-

1-RSUS
2-Beauty Serum
3-Flawless
4-Ageless
5-LU.ST
6-White M
7-Biowhite
8-Soft Pressed Powder ( Foundation )
9-Perfecting Powder (Bedak)
10-Jus Tamusari (sebagai pencuci muka dan toner. Selain itu mempunyai pelbagai fungsi lain - sila buka 'attachment' untuk melihat fungsinya)
11-Botol spray: 3 (digunakan bersama Jus Tamusari, 1 botol = RM3.00)
12-Span (untuk memakai LU.ST dan Flawless, 1 unit = RM3.00)
13-CD cara guna produk

Kesemuanya bernilai RM731.30 (tidak termasuk kos penghantaran dan pembungkusan). Untuk pengetahuan saudari, bagi kos penghantaran mengikut berat produk yang di sarankan iaitu Semenanjung RM 9.00 dan Sabah/Sarawak RM 15.00.

Namun saudari tidak perlu bimbang, jika saudari mempunyai peruntukkan tertentu, sila nyatakan bajet yang diperuntukkan kepada kami, maka kami akan syorkan berdasarkan bajet dan masalah kulit saudari tersebut.

Untuk tempahan produk, bolehlah hubungi Zaimal Sdn Bhd atau e-mailkan kepada: equiry@zaimal.com. Pembayaran untuk produk boleh di buat dalam akaun Maybank. Untuk makluman, produk akan dihantar (poskan) hanya setelah pembayaran diterima dan tempoh proses penghantaran 10 hari bekerja dari tarikh kami di maklumkan bahawa pembayaran telah dibuat dan bayaran tersebut mestilah sudah dijelaskan (clear). Justeru, bagi memudahkan pihak kami, sila maklumkan segera kepada ibu pejabat Zaimal Sdn. Bhd. sebaik sahaja pembayaran telah dibuat agar semakan boleh dibuat.

No courses in this category